Thursday, 2 January 2020

Kereta Terbang

Kereta terbang,
Itukah semata penantian diambang?
Dekah tawa terus bergelumang,
Kerana hidup makmur dan senang,
Terhanyut lupa yang harus ditentang,
Bila yang digendong mula diganyang,
Baru melaung dicabar pantang,
Sesal tak guna walau pipi bergenang,

Kereta terbang,
Andai ada apakah dah menang?
Ataupun baru nak mula perang?
Digelar kolot bila kita lantang,
Sedangkan mereka bermulut lancang,
Mohon maaf bila amarah datang,
Kerna sifat kita memaaf sewenang,
Dihadapan mereka bermain wayang,
Termakanlah umpan bukan kepalang,
Maka yang tenang mula bertendang,
Tinggal hanya gemilang yang dikenang.