Banyak cakap banyak bohong,
Ambil kesempatan konon menolong,
Buat baik mengharap jongkong,
Intuisi sebenar mahu memborong,
Banyak bohong bicara kosong,
Amanah katanya harus didorong,
Beramai katanya bergotong-royong,
Ingat hanya ketika meraih sokong,
Bicara kosong berbondong-bodong,
Asyik leka dibuai bunyian gong,
Bermatian lorong lurus dilencong,
Impian terlaksana mendongak sombong.
No comments:
Post a Comment