Thursday, 3 January 2019

Kalau aku kurus

Kalau aku kurus,
Tentu pakaian aku beratus-ratus,
Pakai iphone tak pakai asus,
Seluar fit potongan lurus,
Gaya cakap semestinya halus,
Itu kalau aku kurus...

Kalau aku kurus,
Mulai sekarang kenalah makan yang berkukus,
Bukan senang lemak mahu dihapus,
Banyak ujian yang perlu lulus,
Usaha tinggi terus menerus,
Itu kalau aku mahu kurus...

Kalau aku kurus,
Belum tentu aku tulus,
Hati dendam walau luaran mulus,
Terngiang hinaan yang pernah tembus,
Tetap teringat sehingga mampus,
Itu kalau aku sudah kurus...

Kalau aku kurus,
Nanti timbul semula yang telah pupus,
Wujudlah perkataan baru didalam kamus,
Jauhkanlah sifat perasan bagus,
Agar keikhlasan tiada terputus,
Itulah mungkin aku tak kurus-kurus...

3-10-2017
(Laundry kf)

No comments:

Post a Comment