Friday, 31 March 2017

Terbenam

Sang suria terbenam,
Bersama perasaan yang lama terpendam,
Apa pun terjadi harus dihadam,
Bukan tujuan menyimpan dendam,
Sekadar pengajaran diwaktu silam,
Agar tak lagi terjerumus ke lembah hitam.

Sang suria terbenam,
Bersama semangat yang lama terpadam,
Jauh kelihatan kotaraya beraneka ragam,
Disamping bunyian alam cipta tenteram,
Itulah keindahan yang semua idam,
Mahu lari dari hidup yang kejam.

Sang suria terbenam,
Bersama jiwa yang lama tengelam,
Senja merah semakin karam,
Sedikit demi sedikit beransur malam,
Terpaksa pulang turuni curam,
Pulang ke hakikat hidup yang suram.

31032017
-Bukit Kokol-

Monday, 20 March 2017

Panas

Panas yang terasa,
Terima bahang mentari dalam terpaksa,
Itu baru sedikit kuasa,
Itupun baru yang biasa-biasa,
Kalau mentari diakhir masa,
Jarak sejengkal bertimbang dosa,
Dingin seandai banyak berjasa,
Pilihan sendiri tiada yang mangsa.

Kantor raja udang
170317

Gemuk

Aku lelaki gemuk,
Aku sedar badan aku berteluk-teluk
Aku sedar luar kebiasaan aku punya bentuk,
Aku sedar perut aku macam mangkuk,
Aku sedar banyak tempat aku susah masuk,
Aku sedar walau besar aku hanya sebutir habuk,
Aku sedar dari belakang kamu kutuk,
Tapi berdepan beranikah kamu tunjuk?

Ya, aku lelaki gemuk,
Suatu ketika aku hanya terperuk,
Sampai hampir menjadi jeruk,
Rumah tempat aku membusuk,
Tak keluar-keluar takut ditusuk,
Ditusuk hinaan yang tak henti merasuk,
Bila berlalu aku hanya tunduk,
Sembunyi hati yang telah remuk,

Ya, aku memang lelaki gemuk,
Dalam dunia sendiri aku mabuk,
Menanti bahagia bagaikan punguk,
Menanti pintu untuk diketuk,
Bukanlah ini bait-bait rajuk,
Mahupun ingin hati dipujuk,
Setelah yang pahit semua aku teguk,
Dah tiba masa dalam tunduk aku menanduk,

Ya, aku masih lelaki gemuk,
Namun kali ini aku tak kan terus duduk,
Ini fakta yang buat kamu hilang mengantuk,
Rasa selamat bersama walaupun empuk,
Sudahlah comel selesa dipeluk,
Memberi hangat sewaktu sejuk,
Menarik dalam diam tak perlu hiruk-pikuk,
Ya, aku bersyukur walaupun gemuk.

Puncak Teratak
-20032017-

Wednesday, 8 March 2017

Hairan

Sungguh dia tak pernah menyangka,
Ketemu insan umpama ratu dusta,
Mudah baginya cipta simpati maya,
Adakala gila sampai fizikal pun kau luka,
Sungguh kisah dukanya semua rekasanya,
Ke hulu ke hilir tak kira masa kisah kau jaja,
Tapi dia hairan cerita duka tapi bukan main bergaya,
Perasaannya 'trip' pula kau disuka,
Semua bisa dibodohkan itulah yang dirasa,
Tapi lupa kau pikir kau yang paling 'tera',
Dia panggil kau murah pandai naik marah pula,
Yang dia paling hairan masih kau di sini tunggu nota RM 55+5.

Bonda

Saat ku belum mampu berdiri,
Kau penuh sabar menakhodai,
Saat ku sudah mampu berdiri,
Kau tetap disisi masih memerhati,

Saat aku mampu berjalan sendiri,
Masih kau risau ku rebah nanti,
Saat aku mampu laju berlari,
Risaumu masih lagi tak henti-henti

Saat ku temui bunga di hati,
Tiap kelopak bunga terus kau teliti,
Saat ku jadi raja sehari,
Terukir senyummu walau hatimu nantinya kan sepi,

Saat bungaku berbadan dua,
Kau lebih risau dari ku yg kerap bersua,
Saat lahir putera pujangga,
Kau wanita terbahagia di dunia.

Walau diriku kini punya sang cinta,
Namun di telapak kaki mu tetap semadinya syurga,
Maafkan anakanda andai gagal menghidang bahagia,
Ku harap kasih kau terima apa adanya,

Cinta dan kasih yg telah kau curah,
Tak mampu ku balas walau seluruh dunia ku serah,
Izinkan aku menjadi anak kecilmu sampai bila-bila,
Biarkanlah ku sandar kepalaku di atas riba.

Aku tak mampu untuk membayangkan,
Jika duniaku tanpamu tiadalah kasih berhamparan,
Memang ucapku ini tak mampu menganti segala budi,
Terima kasih bonda, sungguh, kasihmu tiada galang ganti.

-09052015-

Si garuda dan si harimau

Oh... kenapa begitu pantas masa berlalu,
Terlalu singkat pertemuan kita,
Aku harap untuk ketemu lagi,
Wahai kota yg pernah ditakluk oleh si penguasa jingga,
Aku kagum kekuatan jiwa-jiwa yang hidup di dalam mu,
Yang melawan dan bebas sepenuhnya dari cengkaman penakluk,
Jgn pernah percaya si penakluk,
Rundingan pasti ada harganya,
Pasti akan ada mudarat belakang harinya,
Wahai jiwa-jiwa yang hidup didalamnya,
Aku kagum dengan keberanian kamu untuk melawan dan menutup pintu rundingan,
Kerna ada pepatah yang para penakluk cipta katanya "jgn sekali berunding dengan penganas”,
Ya merekalah penganas yang menciptakan pepatah itu,
Dari itu harus lawan, harus menang, dan kamu telah lawan.
Namun sampai saat ini kamu masih tidak aman,
Kerna adanya manusia bachul dan tamak,
Tapi kesatuan kamu amat memikat aku,
Memang jiwa2 kamu telah menyatu,
Sayang shj kamu tiada pemimpin yang bervisi jauh
Aku harap pemimpin yang baru ni bisa merobah hala tuju kamu,
Buat tempat ku berpijak ini,
Aku harap kejatuhanmu wahai lelaki dan boneka si mawar obes tidaklah kamu heret bersama tanah air tercinta ini.

Paris Van Java
-20052015-

Punca

Jangan ditanya aku punca,
Kerna aku akan kata, tak punya jawabnya,
Walau kau gali sedalam mana tak kan kau pernah jumpa,
Soalnya punca itu mungkin didalam baju si sang penanya.

Bukan, bukan aku mau menyalah,
Sudah, Sudah berkali aku mengalah,
Kata aku umpama angin berlalu tiada diendah,
Nyata, menang berasas pepatah sudah terantuk baru terngadah.

Sudah, terlambat sudah untuk dipersalahkan,
Kau atau dia andai diimbas pasti tak mahu saling melukakan,
Aku, apakah aku hanya fikir diriku punya kepentingan,
Harusnya hati kamu itu aku yang jagakan.

Sesal, terdetik dalam jiwa namun aku harus teguh,
Bukan kerna lebih dari keramaian yang aku butuh,
Hal ini sunguh memakan diri hingga membuat ku jadi jenuh.
Jadi jangan tanya aku punca kerna ia membuatku luluh.

Punca itu akan kembali kepada diriku... Ya, diriku…

Rindu

Wahai rindu yang selalu dilafazkan,
Yang kepada dua insan bercinta selalu diandalkan,
Walhal rindu kita ini amat luar dari kebiasaan,
Mungkin juga bisa jadi fitnah luar tabii perhubungan.

Rindu… memang aku rindu,
Kadang pelik aku rindu kau lebih dari pencintaku,
Tertanya aku selalu punca kerinduan itu,
Cuma rindu ini tak perlu di sudahi dengan kepuasan nafsu.

Memang rindu itu menyiksakan,
Yang parah kadang ada pertemuan juga bisa meranapkan,
Berbeza dengan kita punya kerinduan dan pertemuan,
merindu riang bermakian bertemu riang bergilaan.

Biarlah rindu ini berterusan sampai sudah,
Harus diakui biarpun indah tapi melolos bukan mudah,
Namun jika kita merencana ketemu di daerah merah.
Seribu alasan seribu jalan ditemui habis isi otak diperah.

Terima kasih rindu…. kernamu percintaan aneh ini terus utuh!

Jalan juang

Dalam hidup ini terlalu banyak jalan,
dan setiap jalan itu ada dua cabang,
baik dan buruk, mudah dan susah.
benar dan salah, manis dan pahit.
Andai harus aku pilih susah aku akan terus tempuh jua sampai aku nampak cahaya di hujung jalan itu,
Andai aku harus pilih buruk aku akan berjuang agar ia akan berubah menjadi yg elok,
Andai aku pilih salah aku akan cari dimana silapnya agar aku mampu perbetulkannya,
Andai aku pilih pahit akan aku telan jua kerna yang pahit itu selalunya ubat yang menyembuhkan dan menjadikan hidup lebih manis.
Cuma apa pun yang berlaku, aku perlu berperang dengan masa dan aku bukanlah orang berhenti berjuang ketika perjuangan masih berlangsung,
Andai aku kalah biarlah aku kalah sehingga rebah dalam perjuangan dari aku hidup mengalah tanpa berjuang.

Air mata palsu

Duhai insan yang aku tatang dan aku percaya,
Tak ku sangka kau kini sudah pandai berpura-pura.
Kata mu kini sudah mula bersulam dusta,
Air Mata palsu kau linang mustahil aku terperdaya.

Kini kau sudah mula berubah,
Gaya lagakmu kini bak madu yang mencari lebah,
Kini kau sembunyi, tidak lagi kau datang untuk menghebah,
Seronok konon begitu, nyata, sikap sombong mu kian bertambah.

Air mata palsumu… memang nyata bukan keliru!

-02062015-

Gempa?

Terjaga aku dari lena yang panjang,
Aku bangkit segera tinggalkan ranjang,
Bersiap aku, ingin aku turun ke medan juang,
Aku tersentak digegarkan GEMPA mendatang.

Apa kah itu? gegarankah itu? gempakah itu?
Apakah itu sudah tiba amaran dan petanda dariMU,
Kebetulan kata mereka, yang berbogel jadi punca seru,
Yang tetap nyata, pasti ada yang MU bicarakan sesuatu!

Gempa, kau gegar,
segala isi hingga calar-balar,
malar segar dalam ingatan gempita hingar-bingar,
sampai aku tersandar, sampai semula aku tersedar!

-05062015-

Pejuang tersembunyi

Dipagi minggu ku terjaga, tak tahu apa menanti,
Ku duduk berehat menonton televisi, tersentak ada iklan berbunyi,
Berputar video anak dan ayah saling berdakap sejuta erti,
Eh, rupanya baru ku tersedar hari ayah berlangsung hari ini.

Ku genggam telefon dan ku mula mengarang isi hati,
Jiwa ku sebak bila menulis, saat kau jauh tiada di sisi,
Ku sedar bukan mudah apa yang telah dikau lalui,
Jangan dituruti kesilapanmu itulah yang selalu dikau nasihati,

Ku putar masa sewaktu kecil ketiakmu tempat ku beradu,
Andai ada yang memarahiku pasti dirimu mempertahankanku,
Ku akui ku rindu saat itu kerna kasih kau curah bertalu-talu,
Kau jaga aku, kau bimbing aku, sampai saat berdiri ku mampu,

Maafkan ku kerna sewaktu bangku sekolah ku tak pernah banggakanmu,
Sewaktu itu ku masih mentah, masih tak sedar, betapa benar segala bicaramu,
Jiwa ku masih muda ketika itu, mahu memberontak itu sahaja yang ku tahu,
Maafkan ku, degilku ku teguh ketika itu, bukan niat untuk untuk jadi seteru.

Bila ku gapai menara gading, ku cuba tuk buat keputusan sendiri,
Namun masih ada dikau di sini terus membayangi,
Ku akur apapun yang dikau mahu ku jalani,
Dan kini ku sedar apa yang dikau lakukan hanyalah agar hidup ini mudah kami tempuhi,

Saat ku mula mencari rezeki ibarat pengkhianat dirimu ku belakangi,
Kerna ku fikir ku sudah cukup dewasa dan ilmu untuk berdiri sendiri,
Nyata, ku silap mengikut hati benar kata mu bukan mudah untuk berdiri,
Ayah, terima kasih kerana masih lagi menerima ku disaat aku sudah jatuh begini.

Saat ku jumpa permaisuri hatiku dikau menerima dia dengan terbuka,
Dikala ku sudah lemah dan hilang hala tuju dikau beri ku semangat membara,
Sampai saat ikatan ku dan dia bersatu atas nama cinta,
Dikau beri ku jalan dan keyakinan agar ku kuat sentiasa,

Saat putera ku lahir dalam keadaan yang payah,
Dikau sentiasa memberiku semangat kerana hidup ini tak mudah,
Tak pernah ku mampu membalas jasamu walau ku tinta seribu madah,
Ku ingin dikau tahu sesal yang ku lalui mengingkarmu dan kini ku usaha hanya kasih ku serah,

Maafkan ku, kerna tak mampu jadi apa yang dikau dambakan,
Andai dapat ku undur masa mahu aku kembalikan harapan,
Ayahandaku, jutaan terima kasih yang tak terhingga ingin aku ukirkan,
Terima kasih mengajarku erti hidup, sungguh caranya berbeza namun itulah yang membuatkan ku terus kedepan.

-21062015-

Itu kau kah?

berang tercipta kerana kata,
kerana kata bercampur sampah,
sabar tercipta dengan batasnya,
musuh, itu kau kah?

ungu fitrahnya warna manggis,
wujud sepasang fitrahnya terompah,
hadir saat tawa dan tangis,
sahabat, itu kau kah?

rasa tercipta tak pernah pupus,
membuat hati selalu tabah,
ibarat air dicincang tak putus,
keluarga, itu kau kah?

berkocak hati ibarat gempa,
beratus aroma umpama rempah,
suka dan duka janji bersama,
cinta, itu kau kah?

terkait segala sesuatu yang tulus,
satu-satunya tempat berserah,
terbentang indah jalan yang lurus,
Cinta Agung, itu Kau kah?.

28062015

Bersih?

Separuh abad mengikut aturan,
Mengangguk bila mendengar ucapan,
Perjuangan lama katanya harus dikenangkan,
Benar, tapi sekarang siapa merompak tanpa batasan.

Perjuangan dahulu kerana cinta negara,
Sedang dia berjuang untuk apa?
Mula ditanya jawabnya tiada,
Akhirnya jawapan menjadi derma,

Media perdana mudah diramal,
Beraninya tonjolkan diri si muka tebal,
Undang-undang dibelinya menjadi kebal,
Disalahkan pula media sosial.

Bagai rumah rezeki di rantau ini,
Penghuni jiran bertandang demi sesuap nasi,
Matawang jatuh dia kata puncanya persepsi,
Persepsi yang puncanya dia sendiri.

Negara maju itulah hasrat,
Berlembut lidah sebelum dapat,
Sekarang berani berkata kesat,
Tak turut dia digelar bangsat.

Perjuangan katanya memartabat bangsa,
Mahu memancing perasaan si peneroka,
Terus biarkan mereka ditakuk yang sama,
Agar dia yang terus berkuasa.

Warna kuning mewarnai jalanan,
Biru, putih, merah, hijau semua bergandingan,
Sebagai Isyarat berundurlah dengan aman,
Setelah tertutup tersekat semua jalan.

Bersih? Dari apa dan dari siapa?
Memang ada yang datang bersama agenda,
Sampai agenda itu sudah belakang kira,
Tepuk dada, tanya siapa punca.

Menerima tak semestinya bersetuju,
Turun padang tak semestinya sebulu,
Kerana bimbangkan masa depan anak cucu,
Kerana amanah dikhianat satu persatu.

Bersihkah kita dari kedengkian?
Bersihkah kita dari kebencian?
Bersihkan hati perlukah kotorkan tangan?
Jangan sampai nanti mengundang sesalan.

Persoalan demi persoalan terus menyapa,
Betul atau salah siapa sebenarnya,
Umpama dua pintu pada kamar yang sama,
Bersih? Dari apa dan dari siapa?

-31082015-
-Ruang Tamu, Rumah Bonda-

Tool

Im not cool,
but im not a fool,
ill be the tool,
my heart will be ur swiming pool.

-07092016-

Garam


"Hanya dengan merasa kita boleh bezakan garam dan gula dalam kegelapan."

20102916

Fitnah (punca ii)

Apa yang kau lakukan kini seluruh jiwa ku kau kerah,
Percayamu hanya pada imajimu yg membuat ini semua jd punah,
Bicaramu tiada yang pernah indah hanyalah yang tinggal sumpah seranah,
Yang pasti kau sedang rasa puas dan bahagia menabur fitnah.

Bagaimana harus aku mulai untuk menepis semua tuduhan liar,
Terkadang kata hati bicara tak payah lawan hanya teruskan biar,
Semahuku tepis dusta itu dan ingin ku jelas melalui seluruh mediaku siar.
Fitnahmu membunuh jiwa dan rasa tak bisa pulih walau gunung emas kau bayar,

Mujur tiada tindak tanduk yang ku ambil terburu,
Masih bernyawa mahligai ini kerna bicaraku bukan ringan menurut nafsu,
Bayangkan jika aku juga berkeras membalas tikaman lidah mu bertalu,
Pasti musnah lebur istana megah yang dibina separuh dekad yang lalu.

Maafkan aku, jika kau tanya aku semula tentang punca, jawabnya ada disini,
Punca itu selalu aku tepis, aku elak, aku tangkis dan aku lari dari,
Ku tak pinta kau berubah ku cuma rindu kau yang dulu, si peneman hati,
Semulalah kau jadi teman, jadi cinta, jadi pembantu, jadi si penyeri.

Campak jauh fitnah itu, semulalah kembali agar mahligai ini kembali utuh berdiri!

Angin

Senang-senang berputar banyak gasing bertali,
Susah-susah ku berhanjinglah sendiri,
Siapa-siapa megah bangga bertuhan diri,
Busuk-busuk tahi ku cium lagi wangi.

Syok-syok ketawa seronok ikut diri punya ingin,
Tengok-tengok sahaja bicara orang dibuat macam angin,
Iya-iya mungkin semua insan dilihatnya bagai pokok beringin,
Diam-diam sahaja, seronok bahagia kali kalau berdingin.

Jangan-jangan aku kali tertampak bodoh,
Benar-benar dia ada rupa dan aku sedar aku hodoh,
Dulu-dulu katanya tepat berngam memang ada jodoh,
Nyata-nyatanya semua itu hanya indah sewaktu heboh.

Api-api bukan nama tempat tapi merah jelaga yg ternyala melimpah,
Padam-padam ya mungkin selalu tampak mudah sebab tu dia suka simbah,
Kalau-kalau bertali ikat kuat bersimpul utuh tiada siapa pun yg mohon disembah,
Sepoi-sepoi ibarat angin lalu dia seronok ketawa buat aku macam sampah.

Fucklah.. memang sembang ini sumbang kerna dia tak kan pernah bimbang!

Cuti

Cuti…
Bukan main kamu gembira senyum ke pipi,
Yang aku terbiasa bangun awal nak lajak tidur tetap terbangun pagi,
Aku bangkit dan terus aku toleh sebelah kiri,
Hai bungaku, aku mau kejutkan tapi mcm tak puas beradu lagi.

Cuti…
Sepatutnya indah tetiba buat aku mahu menyendiri,
Sebabnya bangun pagi sendiri yang lain semua membuta tuli,
Tak apa aku jadi positif, aku keluar mencari santapan sekeping dua roti,
Duduk sendiri sewaktu begini bersama kopi o` ping mencipta inspirasi,

Oh cuti…
Aku mau tapi bila sepi, aku mahu kau pergi!

Dunia

"Kita mungkin hanya seseorang di dunia, tapi kita mungkin juga menjadi dunia bagi seseorang."

Eko Pintar

Dari pagi sampai ke tengahari,
Kehadiran si capi-capi aku nanti,
Dari penuh pinggan sampai tiada isi,
Dari bersih mulut sampai jadi tahi gigi,
Dari sakit jasad sampai ke sakit hati.

Sebenarnya aku hanya penerjun yg dihantar,
Walau aku bukanlah sepantas halilintar,
Namun jiwa ku sado tak pernah gentar,
Nyala perasaan ini berkobar-kobar,
Tertanya perihal si Eko Pintar.

Bicara Serigala dan Bunga Laut.

Serigala-i
Aku Merajuk,
Tanpa terpujuk,
Manakan sejuk,
Tak perlu aku tunjuk,
Aku kan berlalu tunduk,
Aku kan terus menjadi si pungguk.

Bunga laut-i
Bukan sengaja mengelak diri,
Bukan terniat menyendiri,
Bukan bermaksud menjadi api,
Mungkin… Masa mencemburui,
Mungkin… Keadaan tidak mengizini,
Mungkin… Perubahan berlalu pergi,
Mungkin…

Serigala-ii
Alasan kau putar,
Alasan kau hantar,
Alasan kau hambar,
Alasan demi alasan beredar,
Hati mulai memudar,
Kini aku sedar,
Tiada lagi tempat untuk bersandar
Hingga habis getar,
Biarlah aku hindar.

Bunga laut-ii
Aku tersepit,
Tersepit keadaan,
Tersepit Peralihan,
Tersepit dalam perjuangan sendiri,
Tersepit dalam haluan yang aku gali,
Tersepit dalam pencarian yang belum pasti,
Aku mangsa keadaan,
Aku mangsa penderitaan,
Aku mangsa pertengkaran,
Aku mangsa yang hanya mampu mendengar tanpa bersuara.

Serigala-iii
Jangan salahkan keadaan,
Kalau sendiri tak mahu turun ke medan,
Jadi mangsa itu sendiri punya pilihan,
Berjuang apa kalau mengaku kalah tanpa hunusan,
Derita hilang tanpa dikesan,
Kasih tanpa berpesan,
Darah berhamburan,
Si pengecut lari bertempiaran,
Jangan kau salahkan keadaan.

Bunga laut-iii
Apa yang harus aku ungkapkan,
Jauh di lubuk hati,
Samar-samar penglihatan,
Samar-samar pencarian,
Masih tidak terjelas untuk menghurai setiap isi.

Serigala-iv
Samar kerna kau celik mata,
Namun sayang hatimu buta,
Bagaimana kau mahu lihat,
Jika hatimu kau sekat,

Bunga laut-iv
Cukup sekadar dimata,
Tidak mungkin ku letakkan dihati,
Seringkali terluka,
Menjadi semakin serik,
Tidak mungkin ku tambah luka yang semakin dalam menjadi semakin parah.

Serigala-v
Hidup dan luka adalah pasangan,
Hidup dan luka saling berkhaitan,
Jika luka kau gentar,
Tiada erti kau sedar,
Sedari hidup,
Mahu terus redup,
Tanpa luka,
Kau kan semakin buta.

Bunga Laut-v
Aku belum cukup kuat mencari kekuatan,
Aku belum cukup tabah mencari ketabahan,
Aku belum cukup sabar mencari kesabaran,
aku belum cukup hidup mencari kehidupan.

Serigala-vi
Kalau belum cukup sampai bila?
Tak cari tak jumpa,
Tak bina tak ada,
Tak doa tak terima,
Jika mahu tumpahkanlah daya,
Penuhkanlah jiwa,
Hadapilah semua tanpa dusta.

Bunga laut-vi
Berlalu Mencari sesuap nasi dan secangkir teh mungkin juga kehabisan bicara.

Serigala-vii
Menghitung detik yang tak berhenti,
menanti ada jawab yang diberi,
Hilang begitu sahaja ketika beraksi,
Biarlah soalan yang awalnya itu tetap menjadi misteri.
Bicara ini buat lelah kerana terpaksa terus kita berlari.

Di Udara
-20102015-

Mayat

Terkenang apa yang telah ku lakukan sepanjang hayat,
Mencari makna kewujudanku melalui ayat-ayat,
Beberapa musim yang lalu ku bersemayam bersama nikmat yang bergelar sihat,
Mungkinkah ini semua akan bersilih menjadi hulu suatu riwayat,
Lalu yang tinggal hanya coretan suatu hikayat,
Sehingga kita semua sedar dekat atau jauhnya masa tiba kita bakal menjadi mayat.

Mana si teddy

Beberapa hari yang lalu,
Kami berjanji untuk bertemu,
Kami yang mana satu?
Kami yang mengegar LED biru,
Yang menjadi magnet setiap penjuru,
Baru masuk semua dah serbu.

Mula dari itu simpang terus,
Kemudian mendengar Rythm & Blues,
Keadaan lengang tiada yang tembus,
Tiada meriah hanyalah kabus,
Terus meronda sepi dihapus,
Kemanakah mereka adakah pupus?

Meninjau lalu kawasan yang lampau.
Tempat sering mencari tapau,
Hostel tinggi tempat bersasau,
Membuat darah jadi berderau,
Ada yang jauh datang merantau,
Lalu hanyalah untuk memantau.

Blok sebelah berwarna-warni,
Hadir disambut penuh berahi,
Dahaga minta air bertali,
Ku pulang awal dipenjara janji,
Tanpaku kamu sambung beraksi,
Ditempat mantan mencari rezeki,
Lucu khabar keesokan hari,
Penat kamu menjawab “Mana si Teddy?”

-25-01-2016-
-Kantor-

Ibu

Dari segumpal darah ku di rahim mu,
Sampai terbentuk mahluk ini dipangkuanmu,
Engkau kasih serta lindungiku dalam tubuhmu,
Walau penuh derita dalam gerak geri langkah mu.

Dikau perjuangkan ku untuk hidup di dunia ini,
Nyawa dikau pertaruhkan dengan seluruh kemampuan nurani,
Sakit perih tiada terhingga dikau rasai,
Walau dikau tahan dengan rasa sakit yang terus meliliti,

Dikau rawat ku penuh cinta, kasih serta sayangmu,
Bikin ku tenang bahagia dalam dakapanmu,
Tanpa lelah dikau menimangku,
Tanpa ada keluhan dikau mengasihiku,

Ku yang tercipta sebagai amanahmu,
Sudah dikau usahakan penuh doa serta usahamu
Oh ibu, dalamnya lautan samudera tidak sedalam kasih sayangmu,
Serta luasnya tujuh lautan tidak seluas semua pengorbanan mu.

-25082014-

Anugerah

Jaguh namun jgn ego,
Toleransi bukan kukubesi,
Sayangkan namun jgn manjakan,
Didik jangan herdik,
Hormat jangan sebat,
Anugerah bukan hamba.


-07092014-

Luka

"Senyuman itu ibarat handiplast, menutupi luka, tapi sakitnya masih terasa."

Lelaki Gemuk

Seorang lelaki gemuk sedang menapau makanan direstoran mamak, seorang pelayan berusia diantara 20an mengikutnya dari belakang sambil membuat lagak seorang gemuk berjalan dibelakangnya. Ada orang ketawa maka lelaki gemuk itu berpusing dengan pantas kebelakang dan mendapati melayan itu sedang mengejeknya dan pelayan itu tak sempat mau cover line.
maka bermulalah perbualan mereka,

Lelaki Gemuk: "Kau kenapa Bro?"
Pelayan: "Erm... tiada bang"
Lelaki Gemuk: "Abis tu yang ko mcm kelanjian di belakang aku tadi kenapa?"
Pelayan: "mmmm bang sory bang duduk dulu bang"
Lelaki Gemuk: "Sini ko duduk depan aku!"
Pelayan: "ya bang"
Lelaki Gemuk: "Apa masalah kau kalau saya gemuk?"
Pelayan: "tiada bang"
Lelaki Gemuk: Abis tu kenapa ko buat mcm tadi? kalu orang gemuk lain mungkin kau boleh buat tapi bukan saya! kau salah pilih orang!"
Pelayan: saya minta maaf bang"
Lelaki Gemuk: "aku mau tanya kau. Kau ada kasi makan aku ka?"
Pelayan: "tiada bang"
Lelaki gemuk: "Abis tu apa hak kau mau hina aku begitu, dan aku ni customer sini, duit aku ini bakal jadi gaji kau jg"
Pelayan: "ya bang sorry"
Lelaki Gemuk: "Ko sudah kawin?"
Pelayan; "Belum"
Lelaki Gemuk: "Aku ada permaisuri yg cantik, putera yg kacak, istana yg indah, singgahsana yang empuk dan anggota yang ramai, kau ada?"
Pelayan: "tiada bang"
Lelaki Gemuk: "Mulai hari ini aku mau ko lebih menghormati orang tak kisahlah gemuk kah, kurang keupayaan kah, atau apa sahaja, sebab kau pun bukan sempurna mana utk menghina orang, hanya tuhan sahaja yg sempurna"
Pelayan "ya bang, saya minta maaf"
Lelaki Gemuk "saya pun minta maaf kalau saya kasar tapi tujuan saya hanya utk menyedarkan kau, nasib juga ko nda melawan kalau inda aku tindih suda kau ni... hehehehe."
Pelayan: "ya bang.. kecil jak saya ni kemek nnt hehehe... tq bang... saya sekali lagi minta maaf..."
Lelaki Gemuk: "ok maaf di terima, tapi bagus ko bawa kopi 'o' ping saya cepat sebelum saya mengamuk.. hehehe."
Pelayan: "ok bang siappp.. Hehe"

Dua tahun selepas kejadian itu Lelaki Gemuk itu secara tak sengaja terjumpa dengan pelayan itu di sebuah cafe kecil dan mereka berbual:

Lelaki Gemuk: "Ui ko bha ni, apa khabar ko? pindah kerja suda ko?
Pelayan: bukan bang ini cafe saya sendiri.
Lelaki Gemuk: "Wow, Buleh tahan.."
Pelayan "alhamdulillah bang, selepas abang bagi saya ceramah free hari tu, minda saya terbuka dan mau berubah, alhamdulillah tuhan bagi rezeki."
Lelaki Gemuk: Terbaik, teruskan usahamu k geng tahniah, ingat RESPECT itu penting kalau mau berjaya!
Pelayan: "Ya bang.. tq, jadi ni mesti kopi 'o' ping ni kan?"
Lelaki Gemuk: "Tatap.... tapi kasi kurang manis hahahaha"

Gitulah kisahnya....
TAMMAT

Lambakan besi

Bukan senang untuk senang,
Bukan susah untuk susah,
Walau tujuh lautan direnang,
Bukan bererti layak disembah,


Melodi anak muda dizaman ini,
Sering terlajak hingga fajar pergi,
Tapi ingin hidup penuh seri,
Selimut bagai lambakan besi,

Tiada terima bila tertewas,
Tiada mengalah bila bersalah,
Waktu kita dulu menumpang bas,
Yang kini memandu selalu beralah,

Berlalu lagi sehari yang rugi,
Masih keliru tercari-cari,
Semakin mudah hidup menjadi,
Semakin kita lupakan diri,

-THKK-
10-02-2016

Jasad, Roh, Hati dan Bibir.

Bila bicara semuanya hebat,
Isi tak kurang semuanya padat,
Habis semua sudah disebat,
Habis semua dipotong dikerat,


Asal VVIP mestilah rapat,
Dicanang keluarga atau sahabat,
Kemana pasti khas bertempat,
Berani berjanji semua selamat,

Dalam sempit pun masih sempat,
Janji manis realitinya kelat,
Mengiyakan tujuan alasan adat,
Pengampu ditatang kebenaran disekat,

Perasan pohon berbuah lebat,
Khabarnya amalan semua ketat,
Jasad sihat rohnya tenat,
Hati dunia bibirnya akhirat,

-Kantor KF-
11022016

Viral

Dalam viral ada tauladan,
Kalau buruk jadikan sempadan,
Biar terbuka mata yg bertiduran,
Ikhlas atau tak biar tuhan hakimkan,
Bila viral dah jadi tren dan ikutan,
Ada yang tengelam ada berapungan,
Semoga tuhan tunjukan kita jalan.

-19062016-

KAMI LOVE AYAH

Ketua terhebat yang pernah dikenali,
Anugerah tuhan buat kami,
Meskipun tegas namun menyantuni,
Ingin kami mampu berdikari,

Lembah luas telah kau diri,
Omong mu selalu penuh bererti,
Visimu kehadapan sehingga kini,
Emas segunung pun budimu tak mampu beli,

Andai seluruh cinta dapat kucari,
Yang pasti cintamu besar buat kami,
Andai dapat pasti seluruh jiwa kau beri,
Hayatmu kau korban bahagiakan kami.

Kini kami mampu berdiri,
Atas tunjuk ajar yang diberi,
Masih semat dalam hati,
Salute for you tu pasti,

Just wanna say thank you babah,
For all the years that you cover
And treathing me like your bradah,
You'll be my hero foreva

Terima kasih ayah, babah, daddy, papa, abah...

Penat

Aku penat,
Aku tenat,
Kalau boleh mahu tekan punat,
Agar lesap dari laknat.

-12082016-

Bintang

"Tanpa kegelapan, kita tak pernah tahu yang bintang itu wujud dan bergemerlapan..."


-13082016-