Jiwa remaja ku penuh gejolak,
Semangat membara bak api yang marak,
Memberontak jiwa ku pantang ditempelak,
Hati keras bagikan kerak,
Akhirnya ku fahami bila ku selak,
Itu kau buat agar ku fahami akhlak.
Karenahku pelbagai tetap kau santuni,
Tak pernah sedetik jemu kau hadapi,
Sedari ku budak sehingga kini,
Sesal ku kini baru ku sedari,
Tanpa engkau ada disisi,
Tak mampu aku menjadi lelaki.
Tak semua faham jalan yang kau pilih,
Andai faham mereka akan sedih,
Mereka lihat indah namun hakikatnya pedih,
Tercipta madah ini bukan untuk berdalih,
Andai mampu yang hitam mahu ku ubah putih,
Agar terpelihara jalinan kasih.
Dalam hidup tiada yang sempurna,
Namun kekurangan asbab sempurna tercipta,
Kekurangan mengajar sejuta makna,
Belajarlah darinya sempurna akan terjumpa,
Itulah kata mu yang tak mungkin ku lupa,
Ayahanda ku yakini kasih mu hingga ke syurga.
-24012017
-kantor raja udang-

No comments:
Post a Comment