Monday, 6 March 2017

Sekadar di pinggiran

Setelah semua kudrat dikerah,
Embun menitis tangan menadah,
Kurnia bersama turun melimpah,
Ada pemenang ada yang kalah,
Dua simpang namun satu arah,
Anyam rapi agar tak gundah,
Rasa hati mengundang musnah.

Dari lelap hinggalah celik,
Ikut hati mahu mengherdik,
Pintu terbuka kini terbalik,
Imaji ini semuanya gimik,
Niat asal mengangkat tabik,
Gurun kontang kelihatan cantik,
Gelora laut bagaikan manik,
Illusi dingin realiti terik,
Riuh bunyi waktu berdetik
Andai mata terus melirik,
Nak ubah namun sudah bertitik.

-keretamayat-
-22102016-

No comments:

Post a Comment