Monday, 6 March 2017

Helaian neraka

Nampak daratan rupanya paya,
Nampak sutera rupanya satin,
Tiada guna walaupun kaya,
Jika akal dan akhlak miskin,
Bangga kerna mewah dan bergaya,
Jangan berlagak semua pernah berlampin,
Sekarang zaman semuanya maya,
Viral bak kilat tak sempat bersalin.

Seluruh negeri mahu dikawal,
Semua perkara dirancang awal,
Mengumpul kekayaan penuh cekal
Jumlah mengunung bila dipukal,
Jangan berani mengaku handal
Kerna, tiada yang selamanya kekal,
Hampir enam musim menjadi kebal,
Sudah terbongkar, tak guna menyesal,

Ibarat berjalan lurus diajarkan ketam,
Mahu diluruskan, hati sudah melegam,
Bagaimana marhaen tidak meragam,
Janji pembangunan kekal suram,
Mengaut tak kira halal dan haram,
Adakah yang lebih besar disebalik kelam?
Mungkinkah mereka hanya kambing hitam?
Bersama helaian neraka mereka karam.

-Ruang tamu teratak usang-
-08102016–

No comments:

Post a Comment