Wednesday, 8 March 2017

Itu kau kah?

berang tercipta kerana kata,
kerana kata bercampur sampah,
sabar tercipta dengan batasnya,
musuh, itu kau kah?

ungu fitrahnya warna manggis,
wujud sepasang fitrahnya terompah,
hadir saat tawa dan tangis,
sahabat, itu kau kah?

rasa tercipta tak pernah pupus,
membuat hati selalu tabah,
ibarat air dicincang tak putus,
keluarga, itu kau kah?

berkocak hati ibarat gempa,
beratus aroma umpama rempah,
suka dan duka janji bersama,
cinta, itu kau kah?

terkait segala sesuatu yang tulus,
satu-satunya tempat berserah,
terbentang indah jalan yang lurus,
Cinta Agung, itu Kau kah?.

28062015

No comments:

Post a Comment