Bicara, alunan yang terlontar dari bibir,
Kekadang yang dilontar tanpa fikir,
Ada alunan yang membuat hati terpinggir,
Memberi kesedaran yang kita semua fakir,
Mencipta suatu perasaan getir,
Tiada kudrat untuk menentang takdir,
Harus redha terima semua yang hadir,
Kerana sempurna itu suatu yang nadir.
U.A
-15092016-
No comments:
Post a Comment